Taufan Faxai membadai Tokyo


Taufan Faxai melanda Jepun pagi semalam menyebabkan penduduk diarah berpindah ke tempat selamat. – Gambar EPA, 9 September, 2019.

TAUFAN kuat yang berpotensi membawa angin dan hujan melanda Tokyo awal pagi tadi, mencetuskan amaran berpindah dikeluarkan terhadap puluhan ribu penduduk, menyebabkan bekalan elektrik terputus dan gangguan terhadap pengangkutan awam.

Taufan Faxai, dengan angin berkelajuan 216km sejam, menyebabkan tanah runtuh di China, timur ibu kota sebelum subuh, selepas membadai Teluk Tokyo.

Kira-kira 5,000 penduduk di Chiba dan Kanagawa diarahkan berpindah ke tempat selamat, menurut stesen televisyen NHK di Twitter.

Pihak berkuasa mengeluarkan amaran pengosongan rumah tidak wajib terhadap lebih 390,000 penduduk, dan ramalan cuaca berkata hujan dan angin dijangka berterusan.

Hampir 290,000 penduduk tidak mendapat bekalan elektrik, sementara 10 rumah rosak di Shizuoka dengan kaca tingkap berkecai dan kereta terbalik. – AFP, 9 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen