Pelajar universiti digantung di Bangladesh kerana dia Rohingya


Pendidikan formal untuk pelarian dilarang di Bangladesh. Pada masa ini ratusan pelarian Rohingya berada di kem di Cox’s Bazar, Bangladesh. – Gambar fail AFP, 9 September, 2019.

SEBUAH universiti di Bangladesh menggantung seorang pelajar hanya kerana beliau daripada masyarakat Rohingya, menurut pihak berkuasa, ketika kemarahan terhadap golongan pelarian itu semakin bercambah, selepas cubaan kedua penghantaran semula mereka ke Myanmar gagal.

Difahamkan, pendidikan formal untuk pelarian dilarang di Bangladesh.

Universiti Antarabangsa Cox’s Bazar berkata ia menggantung Rahima Akter Khushi, 20, dan akan menyiasat kes beliau, selepas media tempatan mendedahkan mangsa menyembunyikan identiti untuk mendapat tempat.

“Rohingya tidak boleh masuk ke universiti kita kerana mereka pelarian. Warga asing boleh belajar di sini, namun mereka perlu patuh prosedur,” kata ketua institusi itu, Abul Kashem.

Katanya, wanita itu memberikan dokumen menunjukkan beliau tamat sekolah menengah di bandar pelabuhan Chittagong, Bangladesh.

Khushi yang menjalani pengajian undang-undang memaklumkan keputusan universiti swasta itu menjejaskan mental beliau.

“Wanita lain mungkin sudah bunuh diri. Namun, saya cuba yang terbaik berdepan situasi ini,” katanya. – AFP, 9 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen