LEBIH 2,000 orang menyertai perarakan gay, yang pertama kali diadakan di bandar Sarajevo, sebagai bantahan terhadap jenayah benci dihadapi masyarakat LGBT di Bosnia.
Lebih 1,100 anggota termasuk polis rusuhan menutup laluan perarakan itu di pusat bandar bagi melindungi penunjuk perasaan bertembung dengan protes balas oleh kira-kira 150 irang.
Aktivis Lejla Huremovic meraikan hakikat bahawa ahli masyarakat LGBT dapat menjadikan diri mereka lebih menonjol.
“Lebih 2,000 turut serta dalam perarakan itu dan ia berlangsung tanpa sebarang insiden,” kata jurucakap polis Mirza Hadziabdic.
Anggota masyarakat LGBT berjalan sejauh ,500 metre bermula dari monumen meraikan pembebasan bandar itu pada akhir perang dunia pertama.
Antara yang mengambil bahagian ialah duta dari beberapa negara barat termasuk Britain, Perancis, Itali dan Amerika Syarikat.
Penunjuk perasaan membawa bendera gay, berwarna pelangi, meniupkan wisel, bermain dram dan melaungkan slogan di sepanjang jalan.
Perarakan berakhir dengan himpunan di depan Parlimen. – AFP, 9 September, 2019.
Komen