PIHAK berkuasa semalam mengetatkan keselamatan di ibu kota Khashmir, di Srinagar selepas majlis buka puasa oleh masyarakat Islam Syiah yang tidak mengendahkan perintah berkurung.
Perintah berkurung dikenakan di Kashmir, wilayah majoriti Islam dari 5 Ogos lalu bagi mencegah ketidaktenteraman awam susulan New Delhi menarik balik autonomi wilayah itu, dengan perkhidmatan telefon bimbit dan Internet masih disekat.
Polis memandu di sekitar bandar itu awal pagi semalam, menggunakan pembesar suara mengarahkan penduduk masuk ke rumah masing-masing.
Syiah di seluruh negara mengadakan himpunan sempena Muharram, bulan pertama dalam kalendar Islam – yang bermula 1 September tahun ini – sebagai meraikan ulang tahun kematian cucu Nabi Muhammad.
Kebanyakan acara itu diharamkan di Kashmir yang ditadbir India sejak kebangkitan yang tercetus membantah pemerintahan New Delhi pada 1989, dengan alasan acara itu membangkitkan sentimen anti India.
Sekurang-kurangnya dua protes kecil diadakan pada ahad Pagi oleh lapan hingga 10 pengikut Syiah, dan polis menahan dengan segera.
Polis turut memukul penunjuk perasaan dengan kayu buluh. – AFP, 9 September, 2019.
Komen