KERAJAAN India mengetatkan kawalan keselamatan di bandar Srinagar di wilayah Kashmir selepas penganut Syiah melanggar larangan perintah berkurung.
Perintah itu dikuatkuasakan di Kashmir sejak 5 Ogos lalu bagi mengelakkan keganasan selepas New Delhi membatalkan hak autonomi wilayah itu.
Pihak berkuasa India turut menyekat akses telefon dan internet sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan penyebaran berita palsu.
Polis hari ini meronda seluruh bandar itu sambil membuat pengumuman supaya penduduk tidak keluar dari rumah mereka.
“Tindakan tegas akan diambil jika melanggar arahan ini,” kata mereka yang menggunakan alat pembesar suara.
Penganut Syiah kebiasaannya akan berarak pada bulan Muharam bagi memperingati hari pemergian cucu Nabi Muhammad.
Perarakan itu dilarang di wilayah Kashmir yang dikawal India sejak pemberontakan tercetus pada 1989.
Awal hari ini, kira-kira 10 orang pengikut Syiah ditahan polis selepas mengadakan bantahan kecil.
Polis turut menggunakan batang buluh untuk memukul kumpulan itu. – AFP, 8 September, 2019.
Komen