Britain tidak boleh tangguh lagi keluar Eropah, kata Perancis


Britain pada asalnya mahu keluar EU pada 29 Mac tetapi pertelingkahan di Parlimen menyebabkan dua kali tertangguh dan terbaru ditetapkan pada 31 Oktober. – Gambar AFP, 8 September, 2019.

BRITAIN tidak dibenarkan untuk menangguhkan tindakan keluar Kesatuan Eropah (EU) walaupun negara itu dibayangi kemelut politik di London, kata Perancis.

Menteri Luar Jean-Yves Le Drian berkata Britain dijadualkan untuk keluar EU pada 31 Oktober dan tempoh itu tidak akan dilanjutkan lagi.

“Dalam keadaan sekarang, tidak mungkin (dilanjutkan lagi). Kita tidak akan berdepan situasi ini setiap tiga bulan,” katanya.

“Britain berkata mereka mahu bergerak dengan jalan penyelesaian lain supaya mereka dapat meninggalkan EU,” katanya.

“Kami tidak nampak cara penyelesaian itu, jadi Britain perlu meneruskan hasrat mereka.

“Biarkan mereka bertanggungjawab atas sitausi ini. Mereka perlu beritahu kita apa yang mereka mahu.”

Britain pada asalnya mahu keluar EU pada 29 Mac tetapi pertelingkahan di Parlimen menyebabkan dua kali tertangguh dan terbaru ditetapkan pada 31 Oktober.  – AFP,  8 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen