Bekas permaisuri Jepun jalani pembedahan kanser payudara


Bekas Permaisuri Jepun Michika hari ini menjalani pembedahan selepas dikesan menghidap kanser payu dara peringkat awal. – Gambar EPA, 8 September, 2019.

BEKAS Permaisuri Jepun Michika hari ini menjalani pembedahan selepas dikesan menghidap kanser payu dara peringkat awal.

Suami Michiko Akihito secara formal meletak jawatan sebagai maharaja pada April, turun takhta pertama dalam 200 tahun monarki tertua di dunia.

Pembedahan yang bermula pagi ini seperti yang dijadualkan diadakan di Hospital Universiti Tokyo, kata seorang pegawai agensi.

Pembedahan itu mengambil masa beberapa jam dan agensi itu dijadualkan mengumumkan keputusannya kemudian, kata media tempatan.

Akihito dan anak perempuannya Sayako Kuroda, bekas puteri yang meninggalkan istana untuk berkahwin dengan orang biasa melawat Michiko sebelum pembedahan bermula.

Akihito dan Michiko dikenali kerana memodenkan tradisi monarki yang membawa diri mereka lebih dekat dengan orang ramai dan meningkatkan sokongan popular isi rumah.

Orang kebanyakan pertama yang pernah berkahwin dengan pewaris maharaja Michiko dilahirkan pada 1934 di Tokyo dan bersekolah di sekolah eksklusif pelajar perempuan Christian Sacred Heart School sebelum menyambung pelajaran dalam bidang kesusasteraan Inggeris di universiti.

Beliau melahirkan Naruhito – yang kini memegang takhta maharaja pada 1960 dan anak keduanya Putera Akishino lima tahun kemudian.

Michiko dan suaminya terkenal kerana sering hadir melawat mangsa bencana terutama selepas tsunami 2011 yang merosakkan sebahagian besar timur Jepun. – AFP, 8 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen