‘Jaket kuning’ hidupkan kembali protes di Perancis


Pihak berkuasa di Montpellier berkata kira-kira 2,000 individu gerakan jaket kuning berkumpul di pusat bandar – penganjur berkata hampir 5,000. – Gambar EPA, 8 September, 2019.

POLIS Perancis semalam bertembung dengan penunjuk perasaan anti kerajaan yang mendesak momentum diteruskan dalam demonstrasi yang diadakan bagi mendapatkan keadilan sosial dan menyingkirkan Presiden Emmanuel Macron.

Gerakan “jaket kuning” bermula November tahun lalu dan perlahan ketika musim panas, tetapi pemimpinnya berharap untuk menyuntik kembali gelombang baharu himpunan di seluruh negara susulan kerajaan mula melakukan pembaharuan terhadap sistem persaraan.

Pihak berkuasa di Montpellier berkata kira-kira 2,000 orang berkumpul di pusat bandar – penganjur berkata hampir 5,000.

Ketika pertembungan antara polis dan penunjuk perasaan, pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai dan bom api merosakkan kereta polis/

Deretan kedai dirosakkan dan polis berkata tujuh individu ditahan. Polis menahan sembilan orang, terutama yang membaling objek ke arah polis. Tujuh anggota polis cedera ringan.

Penganjur himpunan demonstrasi itu mendesak demonstrasi besar-besaran di Montpellier, kubu kuat gerakan itu.

Himpunan skala kecil turut diadakan di beberapa bandar lain sekitar Perancis termasuk Paris, Marseille, Rouen, Lille, Strasbourg, Dijon, Bordeaux dan Toulouse. – AFP, 8 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen