Kes 1MDB: Saksi beritahu misi rahsia ke China arahan Najib


Bede Hong

Amhari Efendi Nazaruddin, saksi pendakwa kes 1MDB, berkata beliau diarahkan ke China melaksanakan tugasan rahsia bersama Jho Low pada 2016. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 September, 2019.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu diberitahu bahawa Najib Razak menawarkan ECRL, Projek Saluran Gas Paip Trans-Sabah (TSGP) sebagai sebahagian urus niaga untuk membantu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang sara hutang dan bekas anak syarikatnya SRC International Sdn Bhd.

Amhari Efendi Nazaruddin, bekas pegawai khas Najib dalam keterangannya berkata beliau diarahkan melaksanakan “misi rahsia” pada un 2016 untuk berjumpa, antara wakil dari GLC China, Penyelia Aset milik kerajaan dan Suruhanjaya Pentadbiran (SASAC).

Turut hadir dalam siri mesyuarat bermula 28 Jun itu ialah orang tengah 1MDB, Low Taek Jho, yang melakukan kebanyakan rundingan itu, kata Amhari.

Lo memberitahu wakil berkenaan bahawa bekas perdana menteri itu menawarkan ekuiti perniagaan milik China dalam projek infrastruktur sebagai pertukaran untuk menyelesaikan hutang 1MDB dan SRC International.

Tiga projek lain juga turut ditawarkan: pembangunan Labuan sebagai hab perbankan pesisiran pantai dan pelancongan, saluran paip dari Pelabuhan Klang ke Kuala Kedah dan landasan kereta api laju Kuala Lumpur-Bangkok.

Mesyuarat itu membuka laluan kepada lawatan rasmi Najib ke China pada November tahun itu, kata sakti kepada mahkamah.

Urus niaga ECRL bernilai RM66 bilion, ditandatangani antara ECRL Sdn Bhd dan syarikat milik China, Communications Construction Company Ltd pada 1 November, 2016.

Bagi dua projek saluran paip, urus niaga ditandatangani antara China Petroleum Pipeline Engineering Ltd dengan Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER). Sebagai tambahan, Najib menyaksikan perjanjian dana antara The Export–Import Bank of China dan syarikat projek itu.

Skop projek ECRL dipinda sementara projek saluran paip berkembar bernilai RM9.41 bilion kemudian dimansuhkan selepas Pakatan Harapan mengambil alih kuasa persekutuan tahun lalu.

Ada ketika dalam keterangannya, Amhari kelihatan emosional ketika bercakap tentang diarahkan oleh Najib untuk tugasan rahsia ke China. Amhari berkata beliau ditugaskan kerana setiausaha sulit kanan Najib, Azlin Alias meninggal dunia dalam nahas helikopter pada 2015. – 8 September, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen