RAJA Arab Saudi Raja Salman menamakan puteranya sebagai menteri tenaga selepas memecah pegawai veteran Khalid al-Falih, lapor media negara itu hari ini dalam usaha yang negara utama Opec itu mahu pulih daripada kejatuhan harga minyak dunia.
Pelantikan Putera Abdulaziz bin Salman, saudara tiri Putera Mahkhota Mohammed bin Salman berlaku ketika Arab Saudi bersiap sedia untuk berdepan kejutan penyenaraian syarikat minyak negara Aramco di pasaran saham.
“Khalid al-Falih sudah dikeluarkan daripada kedudukannya,” lapor Agensi Media Saudi memetik dekri diraja.
“Yang Mulia Putera Abdulaziz bin Salman dilantik sebagai menteri tenaga.”
Negara itu turut menggantikan timbalan menteri tenaga, lapor SPA.
Sejak pelantikannya sebagai menteri minyak pada 2016, Falih adalah wajah dasar tenaga Saudi tetapi teknokrat veteran itu menyaksikan portfolionya semakin berkurangan sejak kebelakangan ini.
Penyingkiran itu berlaku beberapa hari selepas beliau disingkirkan daripada jawatan pengerusi Aramco, ketika syarikat sedang bersedia melakukan initial public offering (IPO).
Beliau digantikan oleh Yasir al-Rumayyan, gabenor Dana Pelaburan Awam, agensi berpengaruh negara itu.
Kuasa Falih berkurangan sejak bulan lepas apabila negara pengeksport minyak utama dunia itu mengumumkan pembentukan kementerian industri dan sumber mineral baharu, yang terasing daripada kementerian tenaga.
Wujud spekulasi yang terdapat ketidakpuasan hati kerajaan terhadap Falih kerana harga minyak yang rendah menjelang IPO Aramco- walaupun negara itu terus mengurangkan pengeluaran minyak untuk menyeimbangkan permintaan dunia.
Opec dan sekutunya dijadualkan bertemu di Abu Dhabi pada 12 September untuk menyemak semula strategi mereka menghadkan pengeluaran bagi mengekang masalah kejatuhan harga minyak dunia.
Tidak dapat dipastikan adakah perubahan dasar minyak Saudi akan berlaku di bawah pentadbiran Putera Abdulaziz, yang menyertai kementerian minyak pada 1980-an dan menjawat beberapa jawatan kanan.
“Putera Abdulaziz sudah berada di kementerian minyak berdekad lamanya…beliau menyertai pada hujung 1980an dan berkhidmat dengan tiga menteri minyak sebelum ini,” kata Ali Shihabi daripada badan pemikir pro kerajaan, Yayasan Arab yang kini sudah bubar.
Pelantikan itu mengukuhkan lagi kuasa keluarga diraja Raja Salman. Seorang lagi puteranya, Putera Mohammed mengawal kuasa semua peringkat dan waris kepada takhta paling berkuasa di rantau Arab itu.
Dan seorang lagi puteranya, Putera Khalid bin Salman adalah timbalan menteri pertahanan. – AFP, 8 September, 2019.
Komen