PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan pembatalan pertemuan rahsia di Kem David bersama pemimpin Taliban dan presiden Afghanistan susulan pengeboman di Kabul, minggu lalu.
“Mereka sepatutnya datang ke AS malam ini. Malangnya mereka mengaku terbabit dalam serangan di Kabul yang meragut nyawa seorang tentera kita dan 11 yang lain.
“Saya mengambil keputusan segera membatalkan pertemuan itu dan turut membatalkan rundingan damai,” kata Trump menerusi Twitter, merujuk kepada Taliban.
Kabul diselubungi peningkatan serangan nekad walaupun selepas AS dan pihak pemberontak mencapai kata sepakat yang menyaksikan pengunduran pasukan tentera negara itu dari Afghanistan, sebagai pertukaran jaminan keselamatan oleh Taliban. – AFP, 8 September, 2019.
Komen