BEBERAPA hari sebelum pusingan pertama pilihan raya presiden Tunisia, negara itu memulakan tiga malam siaran televisyen debat antara dua calon, satu acara yang jarang berlaku di dunia Arab.
Program sepanjang tiga malam itu dilihat sebagai kemuncak kempen dan perubahan penting dalam politik Tunisia menjelang hari mengundi seminggu lagi.
Digelar “Jalan menuju Carthage: Tunisia memilih”, program itu disiarkan di 11 saluran TV, dua secara terbuka, dan kira-kira 20 stesen radio negara itu yang melahirkan reformasi kebangkitan Arab Spring beberapa tahun lalu.
Tunisia dipuji atas kisah itu yang jarang berlaku untuk transisi demokrasi selepas kebangkitan itu.
Sejam setengah pertama debat pada malam Sabtu itu membabitkan lapan calon termasuk Abdelfattah Mourou dari parti Ennahda, Abir Moussi seorang sekular, dan ketua kumpulan berpaksikan bekas diktator Zine El Abidine Ben Ali.
Tempat duduk kosong turut disediakan untuk jutawan media kontroversi Nabil Karoui, yang pada masa ini ditahan atas tuduhan pengubahan wang haram.
Pentas di sebuah studio di saluran TV awam, Wataniya meletakkan calon di kedudukan separa bulatan dengan dua wartawan sebagai moderator di tengah.
Soalan ditetapkan oleh wartawan dan secara rawak memilih dan memperuntukkan soalan itu kepada calon sehari sebelum debat.
Setiap calon diberikan 90 saat untuk memberi respons kepada soalan dan boleh ditanya dalam sesi susulan atau pun dicelah.
Pada hujung program, calon diberikan 99 saat untuk menggariskan manifesto mereka dan janji kempen. – AFP, 8 September, 2019.
Komen