PROGRAM angkasa India mengalami kegagalan apabila terputus hubungan dengan pesawat tanpa pemandu sebelum ia mendarat di bulan.
Perdana Menteri Narendra Modi cuba menenangkan para saintis yang kecewa dengan insiden itu, dan menyifatkan India masih berbangga dengan misi tersebut.
Kapal angkasa itu berlepas pada Julai lalu dengan harapan India menjadi negara keempat selepas Amerika Syarikat, Rusia dan China menghantar pesawat ke bulan.
Namun awal pagi Sabtu, Modi dan berjuta penduduk India terkedu apabila kapal yang dinamakan sebagai Vikram, terputus hubungan kira-kira 2.1 kilometer dari permukaan bulan.
Punca sebenar kejadian masih belum diketahui dan pihak saintis India kini berusaha menganalisis data yang diterima daripada Vikram. – AFP, 7 September, 2019.
Komen