SARAWAK mengarahkan pengedaran topeng muka secara percuma ke sekolah selepas agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memberi amaran bahawa keadaan jerebu bertambah buruk di negeri itu.
Keutamaan diberikan kepada murid sekolah yang menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) menyerahkan stok topeng muka kepada Jabatan Pendidikan Negeri pagi ini.
Jabatan pendidikan akan membantu untuk mengedarkan topeng muka ke sekolah yang teruk dilanda jerebu di Kuching, Samarahan, Serian dan Sri Aman.
Setakat pukul 2 petang, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuching terus meningkat, satu lagi kawasan iaitu Samarahan catat bacaan IPU sangat tidak sihat.
Sebanyak enam kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan tidak sihat dan lima daripadanya di Sarawak.
_bm.jpg)
Permyjaya di Miri mencatatkan IPU mecatatkan 115, Miri (150), Sarikei (134), Sri Aman (178), Samarahan (199) dan Kuala Baram (114) manakala Johan Setia di Selangor (114).
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak Douglas Uggah berkata jawatankuasa peringkat daerah sudah diaktifkan seperti disarankan Nadma dan semua persediaan dilakukan mengikut Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.
Uggah yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, berkata beliau telah mengadakan mesyuarat jawatankuasa itu semalam bagi meluluskan arahan persediaan itu.
Berhubung tindakan penutupan sekolah, Uggah berkata berdasarkan prosedur operasi standard (SOP), pengarah pendidikan, guru besar dan pengetua perlu membuat permintaan menutup sekolah jika bacaan IPU melebihi 200 selama lebih 24 jam.
“Keputusan itu tidak terletak kepada saya.” – 7 September, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen