Google larang iklan rawatan perubatan belum terbukti berkesan


Google melarang pengiklanan bagi teknik perubatan atau eksperimen yang belum terbukti seperti terapi sel tunjang (stem cell). – Gambar EPA, 7 September, 2019.

GOOGLE semalam mengumumkan larangan ke atas iklan rawatan perubatan yang belum terbukti berjaya termasuk terapi sel tunjang (stem cell) dan gen.

“Polisi baharu ini akan melarang iklan rawatan yang tidak mempunyai bukti bioperubatan atau saintifik,” kata penasihat polisi Google, Adrienne Biddings.

Biddings berkata Google melarang pengiklanan bagi teknik perubatan atau eksperimen yang belum terbukti seperti terapi sel tunjang, terapi ‘cellular’ dan terapi gen.”

“Google turut melarang rawatan berdasarkan penemuan saintifik dan tidak melalui ujian yang mengesahkan ia boleh digunakan secara klinikal,” tambah beliau.

Menurut Biddings, keputusan tersebut dibuat berikutan muncul banyak individu yang mengambil kesempatan atas ujian yang belum dibuktikan keberkesanannya malah menipu.

Google berkata tindakan diambil selepas mendapatkan pandangan pakar perubatan. – AFP, 7 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen