KAPAL angkasa tanpa pemandu India, Chandrayaan-2 terputus hubungan dengan pusat kawalan awal pagi tadi beberapa minit sebelum ia sepatutnya mendarat di kutub selatan bulan.
Perdana Menteri Narendra Modi malam tadi berada di Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) bersama harapan India akan menjadi negara keempat selepas Amerika Syarikat, Rusia dan China berjaya mendarat di bulan.
Chandrayaan-2 dijangka mendarat di kutub selatan bulan pada pukul 1.55 pagi waktu tempatan.
Namun, beberapa minit sebelum ia dijangka mendarat, Pengerusi ISRO Kailasavadivoo Sivan mengumumkan kapal angkasa itu terputus hubungan, sekaligus misi ke bulan.
“Pesawat pendarat ‘Vikram’ bergerak mengikut perancangan dan dalam keadaan normal sehinggalah pada altitud 2.1km (1.3 batu),” kata Sivan.
“Kemudian komunikasi dari pesawat pendarat dengan stesen bumi hilang. Kami sedang menganalisa data.”
Selepas pengumuman Sivan itu, Modi berkata,“Apa yang kamu sudah lakukan bukan satu pencapaian kecil.”
“Dalam hidup ini ada pasang surut. Kami bangga dengan kerja keras kamu dan seluruh negara bangga dengan kamu. Banyak yang kami pelajari dari kamu semua.
“Andai ada komunikasi (dengan pesawat pendarat) muncul, kita mula semula… berdoa… perjalan akan diteruskan. Saya bersama kamu,” kata Modi kepada para saintis yang terlibat dalam misi tersebut.
ISRO sebelum ini telah memaklumkan beberapa minit sebelum pendaratan adalah satu kendalian yang kompleks, yang dipanggilnya “15 minit sangat mencemaskan”.
“Sama macam tiba-tiba seseorang datang dan beri kamu bayi baru lahir. Bolehkan kamu pegang dengan sokongan yang betul?” katanya kepada saluran berita NDTV.
“Bayi itu akan bergerak-gerak, tetapi kamu kena peganga dia betul-betul.”
Pesawat pendarat Vikram diberi nama sempena pengasas program angkasa India, Vikram A. Sarabhai.
Ia membawa kenderaan perayau, Pragyan bermaksud ‘kebijaksanaan’ dalam bahasa Sanskrit yang sepatutnya tiba beberapa jam selepas Vikram mendarat.
Pragyan digunakan untuk menjelajah kawah bulan untuk mencari petunjuk asal-usul bulan dan mencari bukti berapa banyak berapa banyak kandungan air di kutub selatan bulan. – AFP, 7 September, 2019.
Komen