JENAZAH anak lelaki bongsu Presiden Mesir Mohamed Morsi dikebumikan bersebelahan pusara bapanya di timur Kaherah pada Khamis memetik sumber keluarga, lapor agensi berita Anadolu.
Abdullah Morsi, 24, meninggal dunia pada Rabu akibat serangan jantung di sebuah hospital di Mesir.
Peguam keluarga Morsi Abdel Moneim Abdel Maqsoud berkata majlis pengebumian turut dihadiri anggota keluarganya.
Beliau berkata pihak berkuasa Mesir turut membenarkan abangnya Osama Morsi yang turut dipenjara untuk menghadiri pengebumian itu.
Pihak berkuasa Mesir belum membuat sebarang komen mengenai kematian atau keputusan bedah siasat.
Keluarganya mendakwa terdapat unsur jenayah dalam kematian itu.
Mohammad Morsi, presiden pertama Mesir yang dilantik secara demokratik, meninggal dunia akibat serangan jantung pada Jun semasa dibicarakan atas pelbagai tuduhan.
Beliau digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera pada 2013. – Bernama, 6 September, 2019.
Komen