India, Indonesia bincang hubungan maritim Aceh dan Andaman


Jarak antara pulau Andaman dan pulau Nicobar serta Aceh adalah 150 kilometer dan sebelum ini pegawai dari kedua-dua negara pernah berbincang untuk membangunkan laluan perkapalan meningkatkan sektor perdagangan dan pelancongan. – Gambar EPA, 6 September, 2019.

INDIA telah mengadakan perbincangan dengan Indonesia mengenai hubungan maritim antara Kepulauan Andaman dan Nicobar serta wilayah Aceh.

Menteri Luar India S. Jaishankar dan rakan sejawatan dari Indonesia Retno Marsudi berbincang di Jakarta pada Khamis mengenai langkah proaktif untuk meningkatkan kerjasama dua hala.

Kedua-dua negara bersetuju mewujudkan kumpulan bersama mengenai hubungan Andaman-Aceh dan perbincangan lanjut akan diadakan di Indonesia akhir tahun ini.

“India dan Indonesia merupakan negara jiran maritim yang erat. Kami menghargai Indonesia sebagai rakan utama di bawah dasar Timur dan Indo-Pasifik,” kata Jaishankar dalam satu kenyataan.

Jarak antara pulau Andaman dan pulau Nicobar serta Aceh adalah 150 kilometer dan sebelum ini pegawai dari kedua-dua negara pernah berbincang untuk membangunkan laluan perkapalan meningkatkan sektor perdagangan dan pelancongan. – Bernama, 6 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen