Somalia cipta sejarah menang pertandingan kelayakan Piala Dunia


Somalia adalah pasukan yang paling rendah rankingnya di Afrika dan perlawanan itu berlangsung di Djibouti memandangkan negara tersebut tidak menganjurkan sebarang perlawanan bertaraf antarabangsa atas alasan keselamatan. – Gambar AFP, 6 September, 2019.

SOMALIA menewaskan Zimbabwe 1-0 dalam perlawanan bola sepak bagi pusingan kelayakan Piala Dunia yang berlangsung di Djibouti pada Khamis, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Somalia adalah pasukan yang paling rendah rankingnya di Afrika dan perlawanan itu berlangsung di Djibouti memandangkan negara tersebut tidak menganjurkan sebarang perlawanan bertaraf antarabangsa atas alasan keselamatan.

“Somalia mencipta sejarah dengan memenangi buat kali pertama perlawanan kelayakan Piala Dunia Fifa.

“Somalia menewaskan Zimbabwe 1-0 dalam pusingan pertama perlawanan kelayakan awal Piala Dunia Fifa 2022 di Djibouti,” kata Persekutuan Bola Sepak Somalia.

Presiden Somalia Mohamed Abdullahi Mohamed mengucapkan tahniah kepada pasukan itu atas kemenangan mereka. – Bernama, 6 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen