Saintis Jepun temui spesies dinosaur baharu


Saintis Jepun telah mengenal pasti spesies dinosaur baharu berukuran lapan meter yang terbesar pernah ditemui di negara berkenaan. – Gambar EPA, 6 September, 2019.

SAINTIS Jepun telah mengenal pasti spesies dinosaur baharu berukuran lapan meter yang terbesar pernah ditemui di negara berkenaan

Selepas menganalisi beratus-ratus tulang sejak 72 juta tahun, pasukan diketuai Universiti Hokkaido membuat kesimpulan bahawa kerangka itu pernah menjadi milik spesies baharu dinosaur hadrosaurid, seekor beniatang herbivor yang menjelajah bumi pada zaman Kretase.

Separuh ekor ditemui di utara Jepun pada 2013 dan kemudian penggalian mendedahkan keseluruhan rangka.

Pasukan itu menamakan dinosaur berkenaan “Kamuysaurus japonicus” yang bermaksud “tuhan naga Jepun”, menurut kenyataan dikeluarkan oleh universiti berkenaan.

Mereka percaya dinosaur berkenaan berusia sembilan tahun dan mempunyai berat sekitar empat tan atau 5.3 tan bergantung kepada sama ada ia berjalan pada dua atau empat kaki.

Penemuan itu diterbitkan dalam jurnal British Scientific Reports.

“Fakta dinosaur baharu ditemui di Jepun bermakna perna ada dunia dinosaur bebas di negara itu atau di Asia Timur dan proses evolusi yang bebas,” kata ketua pasukan Yoshitsugu Kobayashi.

Kamuysaurus japonicus mungkin tinggal di kawasan pesisiran pantai, habitat yang jarang berlaku pada dinosaur pada masa itu.

Penyelidikan ini menimbulkan kemungkinan beberapa spesies dinosaur “lebih suka mendiami kawasan berhampiran lautan, menunjukkan persekitaran pantai merupakan faktor penting dalam kepelbagaian” dinosaur dalam evolusi awal mereka, kata universiti berkenaan. – AFP, 6 September, 2019. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen