Yayasan Rahah, Umno Pekan selesai saman lucut hak 1MDB


Timothy Achariam

YAYASAN Rahan dan Pengerusi Biro Pendidikan Umno Pekan Ibrahim Awang Ismail menyelesaikan sama lucut hak oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mereka, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di beritahu hari ini.

Penyelesaian direkodkan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali semasa pengurusan kes tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai dan peguam Amin Othman yang mewakili kedua-dua pihak memberitahu mahkamah penyelesaian dicapai dengan kerajaan mengikut syarat ketat yang dirahsiakan.

Bulan lepas, Yayasan Rahah dan Ibtrahim setuju untuk memulangkan semula jumlah keseluruhan hampir RM1 juta yang mereka terima.

Kerajaan setakat ini menyita RM839,488.82 dari Yayasan Rahah da RM100,000 dari Ibrahim.

SPRM memfailakan saman melucut hak terhadap 41 pihak untuk mendapatkan semula RM270 juta dana berkaitan 1MDB. – 6 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen