Korea Utara mahu PBB kurangkan petugas bantuan


Pyongyang mendakwa petugas PBB di negara itu dipolitikkan dan mahu bilangan mereka dikurangkan. – Gambar EPA, 6 September, 2019.

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam berkata ia sedang berunding dengan Korea Utara mengenai petugas bantuannya.

Pyongyang mendakwa petugas PBB di negara itu dipolitikkan dan mahu bilangan mereka dikurangkan.

Bulan lepas Korea Utara menghantar surat meminta PBB mengurangkan pembabitannya di negara terpencil dan miskin itu, kata jurucakapnya Stephane Dujarric.

Permintaan Pyongyang itu ketika rundingan pemansuhan program nuklear menemui jalan buntu, dan mahu ia dilaksanan sebelum hujung tahun ini.

“Program yang disokong PBB gagal mencapai hasil yang diingini kerana bantuan PBB dipolitikkan oleh pasukan yang bermusuhan,” kata pegawai Korea Utara, Kim Chang Min dalam surat tersebut.

“Terutamanya, dalam beberapa tahun ini, bantuan PBB di negara ini berkurang dengan ketara dan penghantaran bantuan dilengahkan, memberi kesan kepada pelaksanaan projek-projek PBB.”

Pada 2017, Amerika Syarikat (AS) tiga sekatan antarabangsa dikenakan terhadap Korea Utara, yang menyasarkan ekonominya.

Ia sebagai langkah untuk menyekat program senjata nuklear dan peluru berpandu negara itu. Bagaimanapun, PBB memberi pengecualian terhadap barangan berkaitan bantuan kemanusiaan.

PBB menempatkan berpuluh kakitangannya di Korea Utara. Kebanyakan mereka kakitangan Program Makanan Dunia, Program Pembangunan PBB dan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef). – AFP, 6 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen