ASAL-USUL bagaimana bahasa Indo-Eropah tersebar dari Kepulauan British ke Asia Selatan telah dibahaskan selama beberapa dekad.
Kini, kajian terbesar mengenai DNA manusia kuno mencadangkan ia mungkin terjadi akibat penghijrahan besar-besaran manusia Zaman Gangsa dari Eurasian Steppe bermula 5,000 tahun dahulu menuju Eropah dan Asia.
Vagheesh Narasimhan, pengarang bersama laporan yang diterbitkan dalam jurnal Sains semalam berkata kajian mengenai penghijrahan populasi manusia sejak 10,000 tahun lalu adalah untuk memahami perubahan bahasa dan peralihan daripada aktiviti memburu kepada pertanian.
“Terdapat banyak kajian DNA, termasuk kajian arkeologi mengenai kedua-dua proses ini di Eropah,” jelasnya.
Bagaimanapun, peralihan ini kurang difahami di Asia, katanya lagi.
Sekumpulan pakar genetik, arkeologi dan antropologi dari serata dunia menganalisis genom (genome) 524 individu dari Asia Tengah dan Selatan yang tidak pernah dikaji sebelum ini.
Perbandingan antara satu genom dengan genom yang lain dengan hasil kajian sebelum ini, dan kemudian membandingkannya dengan rekod arkeologi dan bahasa, pasukan itu berjaya menemui jawapan kepada persoalan selama ini.
Satu laporan pada 2015 menyatakan bahasa Indo-Eropah yang merupakan kumpulan bahasa terbesar di dunia yang merangkumi Hindu-Urdu, Parsi, Rusia, Bahasa Inggeris, Perancis, Gaelic dan lebih 400 bahasa lagi tersebar di Eropah melalui kawasan padang rumput (steppe).
Walaupun tersebar di kawasan luas yang merangkumi pelbagai budaya, bahasa-bahasa ini mempunyai persamaan dalam sintaks(syntax), nombor, asas adjektif dan dan banyak kata nama.
Laluan bahasa-bahasa proto Indo-Eropah bagaimanapun kurang jelas di mana segelintir penyelidik berpendapat ia disebarkan dari petani ke Anatolia (kini Turki).
Namun, laporan itu mendapati penduduk Asia Selatan pada masa ini tidak berasal dari para petani di Anatoli. – AFP, 6 September, 2019.
Komen