PM Sudan umum anggota Kabinet baharu


Hari ini bermulanya era baharu, kata Perdana Menteri Sudan Abdalla Hamdok semalam mengumumkan senarai anggota Kabinet baharu. – Gambar AFP, 6 September, 2019.

PERDANA Menteri Sudan Abdalla Hamdok semalam mengumumkan senarai anggota Kabinet baharu sejak Omar al-Bashir digulingkan.

Pengumuman dibuat selepas Hamdok menangguhkannya selama beberapa hari untuk meneliti senarai calon yang dicadangkan oleh gerakan yang membawa kepada kejatuhan Bashir.

Anggota Kabinet baharu itu terdiri daripada empat wanita termasuk menteri luar negara pertama, Asma Mohamed Abdalla.

“Hari ini bermulanya era baharu.

“Keutamaan kerajaan peralihan ialah menamatkan perang dan menuju keamanan yang mampan,” kata Hamdok pada sidang media semalam.

Beliau menamakan Ibrahim Ahmed El-Badawi sebagai menteri kewangan dan perancang ekonomi, Leftenan Jeneral Jamal Omar sebagai menteri pertahanan dan Leftenan Jeneral El-Trafi Idris Dafallah sebagai menteri dalam negeri.

“Sekarang peluang untuk kita mencapai keamanan adalah sangat besar,” katanya. – AFP, 6 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen