China guna tahanan asing untuk tujuan politik, kata Trudeau


Perdana Menteri Justin Trudeau juga berkata sekutu Barat melahirkan kebimbangan ke atas taktik yang disifatkan sebagai "diplomasi tebusan". – Gambar EPA, 6 September, 2019.

PERDANA Menteri Kanada Justin Trudeau semalam menuduh Beijing menggunakan “penahanan sewenang-wenang” untuk tujuan politik.

Beliau berkata sekutu Barat telah melahirkan kebimbangan ke atas taktik yang disifatkan sebagai “diplomasi tebusan”.

Hubungan diplomatik Kanada dengan China tegang susulan penangkapan eksekutif Huawei, Meng Wanzhou atas arahan Amerika Syarikat (AS), Disember tahun lalu.

Sembilan hari kemudian, Beijing menahan dua rakyat Kanada iaitu bekas diplomat Michael Kovrig dan ahli perniagaan Michael Spavor atas tuduhan mengintip.

Tindakan Beijing itu dilihat sebagai tindak balas kepada penahanan Meng.

Kovrig dan Spavor adalah antara rakyat asing yang diatahan di China atas dakwaan mengintip dan cuba mencuri rahsia kerajaan.

“Menggunakan penahawan sewenang-wenang sebagai alat untuk tujuan politik perlu diberi perhatian oleh bukan hanya Kanada tetapi juga sekutu kita,” Trudeau memberitahu lembaga edirotial Toronto Star.

Katanya, negara termasuk Britain, Perancis, Jerman dan AS sepakat berkata tindakan ini tidak boleh diterima masyarakat antarabangsa. – AFP, 6 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen