PIHAK pendakwaan Mesir sedang menyiasat kematian anak lelaki Presiden Mohammad Morsi semasa anggota keluarga menunggu kebenaran untuk mengebumikan jenazahnya, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan peguam keluarga itu pada Khamis.
Abdullah Morsi, 24, meninggal dunia pada lewat Rabu akibat serangan jantung di sebuah hospital di Mesir, kata sumber yang terdiri daripada anggota keluarga.
Peguam Abdel-Moneim Abdel-Maqsoud berkata keluarga itu sedang menunggu kebenaran rasmi untuk mengebumikan anak lelaki mereka.
Setakat ini, tiada sebarang komen atau kenyataan dibuat oleh pihak berkuasa Mesir berhubung kematian Abdullah.
Abdullah Morsi adalah seorang pengkritik yang lantang terhadap kerajaan Mesir.
Beliau telah beberapa kali meringkuk dalam penjara atas dakwaan yang disifatkan sebagai sengaja direka oleh pemerhati undang-undang.
Mohammad Morsi, perdana menteri pertama Mesir yang dipilih secara demokratik, meninggal dunia secara tiba-tiba akibat serangan jantung pada Jun ketika beliau hadir di mahkamah.
Beliau telah digulingkan oleh tentera pada 2013. – Bernama, 5 September, 2019.
Komen