Ukraine bebaskan suspek tembak MH17


MH17 ditembak jatuh di Ukraine, kesemua anak kapal dan penumpang pelbagai warganegara dunia terbunuh dalam tragedi penerbangan antara yang terburuk itu. – Gambar EPA, 5 September, 2019.

SEBUAH mahkamah Ukraine hari ini membebaskan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam menembak jatuh penerbangan Malaysia Airlines MH17 daripada tahanan pra bicara, ketika wujud khabar yang tahanan itu akan digunakan dalam proses menukar tahanan dengan Rusia.

Ukraine menahan Vladimir Tsemakh, yang dituduh berjuang untuk puak pemisah pro Rusia pada Jun, tetapi beliau dipercayai suspek utama tragedi MH17. Wakil rakyat Eropah menyifatkannya sebagai “suspek utama” dan meminta Kiev mempersiapkannya untuk memberi keterangan dalam siasatan tragedi itu.

Di Vladivostok, Presiden Rusia Vladimir Putin hari ini berkata Moscow sedang menyiapkan rundingan penukaran tahanan “besar-besaran” dengan Kiev, yang boleh dianggap boleh mengurangkan ketegangan dua negara berjiran itu.

“Kami sudah sampai ke peringkat akhir penukaran tahanan…ia akan dibuat besar-besaran,” katanya pada sebuah forum ekonomi di Rusia, menambah yang tarikh penukaran dijangka akan diumumkan tidak lama lagi. – AFP, 5 September, 2019.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen