Indonesia rancang musnahkan 10 juta telur ayam 


Pihak berkenaan berharap dengan mengurangkan jumlah telur akan dapat mengurangkan bekalan ayam sekaligus meningkatkan harga ternakan itu.– Gambar EPA, 5 September, 2019.

INDONESIA merancang untuk memusnahkan jutaan telur ayam dalam usaha untuk menaikkan harga ayam di pasaran dan menggesa penternak untuk menghentikan bekalan dengan memusnahkan atau memberikannya kepada pihak lain.

“Apa yang kita boleh lakukan adalah dengan membuang 10 juta biji telur,” kata pengarah Perkhidmatan Penternakan dan Kesihatan Haiwan Indonesia, Ketut Diarmita.

Pihak berkenaan berharap dengan mengurangkan jumlah telur akan dapat mengurangkan bekalan ayam sekaligus meningkatkan harga ternakan itu. 

Harga ayam murah mungkin baik bagi pengguna, namun ia memberi kesan terhadap industri penternakan haiwan itu. 

Harga terkini di pasaran tempatan Indonesia turun 25% tahun ini kepada 30,050 rupiah, terendah dalam tempoh tiga tahun, menurut angka rasmi kementerian berkenaan. 

Puluhan syarikat dijangka akan terlibat untuk memusnahkan telur, menurut Persatuan Penternakan Ayam Indonesia. – AFP, 5 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen