INDIA menaikkan cukai terhadap minyak kelapa sawit dari Malaysia kepada 50% daripada 45% untuk enam bulan, menurut laporan Reuters.
Menurut laporan itu, langkah berkenaan diambil bertujuan mengurangkan import minyak kelapa sawit, dan melonjak minyak tempatan.
Katanya, pengimport terbesar dunia bagi minyak untuk makanan pada masa ini mengenakan 40% cukai import bagi minyak sawit mentah dan 50% bagi minyak sawit terawat.
Tetapi sejak Januari, penghantaran minyak sawit terawat dari Malaysia dikenakan cukai 45% mengikut perjanjian dengan Malaysia.
“Ini mengurangkan perbezaan efektif cukai antara minyak sawit mentah dan minyak sawit terawat dari Malaysia berbanding pengeluar India kepada 5.5% daripada 11%, menyebabkan pembelian luar negara minyak sawit terawat lebih menguntungkan,” kata laporan itu.
Keputusan itu menyebabkan peningkatan import minyak sawit ke India dari Malaysia, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
Ini menyebabkan Persatuan Solvent Extractors di India meminta ketua pengarah Pemulihan Perdagangan melakukan siasatan kerana peningkatan import menjejaskan pengeluar tempatan.
Badan pemantau itu kemudian mengesyorkan cukai import dinaikkan bagi produk terawat. – 5 September, 2019.
Komen