70,000 mangsa taufan di Bahamas perlu bantuan


Sukarelawan di Florida membungkus bekalan makanan untuk dihantar kepada mangsa taufan Dorian di Bahamas. – Gambar EPA, 5 September, 2019.

KIRA-KIRA 70,000 penduduk di Bahamas memerlukan bantuan dengan segera selepas dilanda taufan Dorian, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

PBB memetik antara bantuan yang diperlukan ialah makanan, air bersih, tempat perlindungan dan perubatan.

PBB mengeluarkan AS$1 juta daripada tabung kecemasannya untuk memberikan bantuan kepada mangsa. – AFP, 5 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen