MEP desak Kiev tidak ekstradisi suspek MH17 ke Moscow


Bangkai pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine. Kejadian itu mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. – Gambar AFP, 5 September, 2019.

SERAMAI 40 MEP menggesa presiden Ukraine agar tidak menyerahkan tahanan di Kiev kepada Rusia pada Rabu supaya dapat disoal siasat berhubung tragedi MH17.

Bekas pemisah pro-Rusia, Volodymyr Tsemakh dikehendaki untuk disoal menjelang perbicaraan berhubung tragedi 2014 yang akan bermula di Belanda tahun depan.

Media Rusia dan Ukraine melaporkan kes Tsemakh bagi pertukaran tahanan selama seminggu antara Moscow dan Kiev, dengan Kremlin menuntut ekstradisinya.

“Encik Tsemakh adalah suspek utama” dalam penyiasatan kes MH17, tulis 40 MEP dalam surat dihantar kepada Presiden Volodymyr Zelensky, yang diterbitkan di laman web MEP Belanda Kati Piri.

“Kehadiran dan kesaksiannya di depan Pasukan Penyiasatan Bersama adalah sangat penting untuk pendakwaan efektif oleh negara yang terlibat,” kata MEP.

Pesawat penumpang Malaysia Airlines yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh pada 2014 ketika terbang melalui kawasan konflik bersenjata dengan pemisah pro-Rusia di timur Ukraine.

Kesemua 298 penumpang dan anak kapal dalam pesawat itu terbunuh.

Penyiasat antarabangsa menyimpulkan pesawat MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK yang direka khas oleh Soviet daripada Briged Peluru Berpandu Anti-Pesawat Ke-53 yang berpangkalan di Kursk, barat daya Rusia.

“Ini adalah permintaan aneh dari Rusia untuk meminta ekstradisi warganegara Ukraine, yang menunjukkan kerajaan Rusia mahu menghalang suspek ini daripada muncul di mahkamah,” kata Piri di laman webnya.

Penyiasat Belanda menyatakan pada Selasa mereka mahu Tsemakh terus berada di Ukraine untuk disoal.

Perkhidmatan rahsia Ukraine menangkap Tsemakh di rumahnya di bahagian dikawal pihak pemisah timur Ukraine pada Jun, dan secara rahsia dipindahkan ketika beliau tidak sedarkan diri ke Kiev.

Tsemakh dituduh oleh keadilan Ukraine dengan “penyertaan dalam organisasi pengganas”, ungkapan yang digunakan oleh Kiev untuk menggambarkan kegiatan ketenteraan para pemisah.

Diketuai oleh Belanda, pasukan penyiasat antarabangsa mengumumkan pada Jun yang tiga warga Rusia dan seorang rakyat Ukraine akan dibicarakan kerana membunuh, yang kemungkinan diadakan secara absentia. – AFP, 5 September, 2019.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen