JUMLAH korban akibat Taufan Dorian meningkat kepada 20 pada Rabu, kata Menteri Kesihatan Bahamas, Duane Sands, yang dipetik oleh media tempatan dan Amerika Syarikat.
“Kita mula mendapat gambaran lebih jelas mengenai mereka yang terkorban, sekurang-kurangnya di Abaco, dan kehilangan nyawa di Grand Bahama,” kata Sands kepada radio tempatan, menurut laporan Guardian Nassau.
“Angka kematian meningkat kepada 20 orang…di Abaco dan Grand Bahama setakat ini. Tetapi perlu diingatkan kerja mencari dan menyelamat kini baru bermula.” – AFP, 5 September, 2019.
Komen