Isu sambungan ke laluan terakhir masih belenggu pengangkutan awam


Lee Chi Leong

Kekurangan laluan perkhidmatan hingga ke destinasi terakhir merupakan kebimbangan utama bagi penumpang dan tidak dilihat oleh pihak berkuasa serta penyedia perkhidmatan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 September, 2019.

PENGGUNA pengangkutan awam tidak berminat menggunakan pengangkutan awam kerana kegagalan kerajaan menangani isu sambungan sehingga ke laluan terakhir (last mile connectivity), kata pakar pengangkutan.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight bahawa kekurangan laluan perkhidmatan hingga ke destinasi terakhir merupakan kebimbangan utama bagi penumpang dan tidak dilihat oleh pihak berkuasa serta penyedia perkhidmatan.

Ini menyebabkan orang ramai enggan menggunakan pengangkutan awam, seperti bas dan kereta api, kata mereka.

Perancang bandar Yong Sun Wong berkata pegawai kerajaan hanya perlu menaiki bas untuk memahami isu dan apa yang perlu dilakukan.

“Kualiti bas awam bukan masalahnya tetapi ia mengenai bagaimana pengguna boleh ke lokasi yang diingini dengan menggunakan pengangkutan awam,” kata Yong.

Seorang lagi perancang bandar, Nai Chun Wei, berkata hubungan di antara kawasan tertentu kekal menjadi masalah utama.

“Bagaimanakah kita boleh menggalakkan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam? Ia perlu mencakupi semua kawasan. Terdapat beberapa isu tertentu yang perlu diuruskan sebelum rakyat mula menggunakan pengangkutan awam, tetapi bahagian kritikal adalah sambungan sehingga ke laluan terakhir, yang mana kita gagal menanganinya,” Kata Nai.

Beliau berkata penumpang cenderung menghadapi kesukaran pulang ke rumah selepas hari yang panjang di tempat kerja kerana kebanyakan bandar di Malaysia begitu berselerak, menjadikannya sukar bagi pengangkutan awam meliputi semua kawasan.

“Perancangan bandar perlu lebih tertumpu agar pengangkutan awam boleh menampung lebih banyak orang. Jika tidak, sambungan laluan tidak bagus dan ia tidak akan memenuhi keperluan pengguna,” katanya.

Perubahan struktur diperlukan

Yong berkata masalah pengangkutan awam di Malaysia melibatkan bukan sahaja perancangan bandar, tetapi juga isu tanah.

“Terdapat ramai bekerja di Kuala Lumpur tetapi tinggal di luar bandar, dan mereka hanya masuk ke kawasan itu apabila perlu bekerja.” – 5 September, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen