DUA anggota tentera udara dan dua militan terbunuh dalam pertempuran di wilayah Kashmir yang dikawal India, kata seorang pegawai tentera lapor agensi berita Xinhua.
Pertempuran meletus di kampung Hajin di Bandipora, kira-kira 32 kilometer di utara bandar Srinagar.
Jurucakap tentera India Kolonel Rajesh Kalia berkata, pertempuran pada pagi Rabu itu tercetus selepas pasukan tentera dan polis India mengepung kawasan berkenaan selepas menerima maklumat mengenai kehadiran militan.
Laporan mengatakan seorang anggota tentera turut cedera.
Sebelum ini pada Isnin, tiga militan terbunuh dalam pertempuran di kampung Gatipora, daerah Shopian, selatan Srinagar.
Perang gerila berlangsung antara militan dengan tentera India di Kashmir yang dikuasai India sejak 1989. – Bernama, 11 Oktober, 2017.
Komen