Sudan mahu dikeluarkan daripada senarai penaja keganasan


Perdana Menteri Abdallah Hamdok berkata Sudan mesti dikeluarkan daripada penaja keganasan dan yakin ia akan tercapai tidak lama lagi. – Gambar AFP, 4 September, 2019.

PERDANA Menteri Sudan Abdalla Hamdok pada Selasa mengulangi pentingnya usaha untuk mengeluarkan Sudan daripada senarai negara yang menaja keganasan oleh Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Xinhua.

“Sudan mesti dikeluarkan daripada senarai itu dan kami jangka tidak lama lagi terdapat kemajuan dalam hal ini. Cabaran ekonomi sangat besar, tetapi ia boleh ditangani,” kata Hamdok ketika bertemu dengan Menteri Luar Jerman, Heiko Maas.

“Kita perlu tangani kemerosotan harga pertukaran, menamatkan inflasi dan memulihkan keyakinan dalam sektor perbankan,” katanya.

Sementara itu, Maas berjanji untuk mengetengahkan isu itu di peringkat antarabangsa dan kerajaan Sudan perlu berusaha untuk mencapainya.

Katanya, Jerman juga akan terus menyokong usaha Sudan meningkatkan ekonomi dan mendesak masyarakat antarabangsa turut sama membantu. – Bernama, 4 September, 2019.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen