Ariana Grande saman Forever 21 AS$10 juta


Ariana Grande saman Forever 21 kerana menggunakan gayanya dalam mempromosikan produk tanpa kebenarannya. – Gambar EPA, 4 September, 2019.

BINTANG pop terkenal Amerika Syarikat (AS) Ariana Grande memfailkan saman terhadap Forever 21 kerana menggunakan gayanya dalam mempromosikan produk tanpa kebenarannya, termasuk iklan menampilkan model yang serupa dengannya.

Grande menuntut AS$10 juta pampasan, dan keluaran sampingannya kosmetik Riley Rose, mencipta kempen atas talian dengan persamaan yang jelas dengan video muziknya, seperti “7 Rings”, dari tahun lepas.

Saman itu difailkan di mahkamah daerah Los Angeles pad Isnin, mendakwa kempen pemasaran itu bertujuan menipu pelanggan untuk mempercayai bahawa Grande menyokong produk Forever 21 untuk golongan belia.

“Walau satu saja pun post media sosial Grande boleh memperoleh bayaran beberapa ratus ribu dolar, dan bayaran untuk perjanjian erdorsemen jangka panjang cecah jutaan dolar,” katanya.

Grande mempunyai 163 juta pengikut di Instagram, menjadikan beliau wanita paling ramai pengikut di media platform itu.

Imej daripada akaun Instagram Forever 21 dipetik oleh peguam, menunjukkan seorang model memakai baju corak tentera berwarna ungu dan ikat kepala merah jambu serta but hampir serupa dengan apa yang pernah dipakai oleh Grande dalam video muzik “7 Rings”.

Syarikat itu sudah menurunkan gambar berkenaan dari akaun media sosialnya. – AFP, 4 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen