Presiden Brazil sahkan hadiri UNGA 


Presiden Brazil Jair Bolsonaro (tengah) mahu mengetengahkan isu Amazon di UNGA.– Gambar EPA, 3 September, 2019.

PRESIDEN Brazil Jair Bolsonaro pada Isnin mengesahkan akan menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) meskipun mengalami masalah kesihatan, lapor agensi berita Xinhua.

Beliau dijadual menjalani pembedahan pada 8 September dan dijangka pulih dalam tempoh 10 hari, kemungkinan terlepas sesi pembukaan perhimpunan agung itu pada 17 September.

“Saya tetap akan menghadirinya walaupun perlu berkerusi roda. Saya mahu mengetengahkan isu Amazon,” kata Bolsonaro.

UNGA antara lain dijangka membincangkan mengenai kebakaran hutan hujan Amazon baru-baru ini yang mencetuskan kebimbangan PBB.

Rantau itu juga pada tahun ini mencatatkan peningkatan mendadak insiden kebakaran hutan,  kebanyakannya dipercayai akibat tindakan petani yang bertujuan memperluaskan ladang mereka.

Kebakaran besar itu turut menjejaskan pentadbiran Brazil di tengah-tengah kritikan masyarakat tempatan dan antarabangsa yang semakin memuncak berhubung tindakan susulan kerajaan. – Bernama, 3 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen