Penunjuk perasaan ditahan menjelang pilihan raya Moscow 


Seorang penunjuk perasaan ditahan oleh polis dalam serbuan di Moscow pada Ahad.– Gambar EPA, 3 September, 2019.

POLIS Rusia menahan pemimpin penunjuk perasaan anti-kerajaan menjelang pilihan raya pada Ahad.

Wartawan yang juga penganjur tunjuk perasaan, Ilya Azar berdepan hukuman penjara sehingga 30 hari susulan penahanannya pada Isnin, yang mencetuskan kontroversi selepas polis meninggalkan anaknya tanpa pengawasan.

“Mereka tidak peduli anak saya yang berumur tak sampai dua tahun, ditinggalkan berseorangan di rumah,” kata Azar yang bekerja dengan akhbar pembangkang terkenal di negara itu, Novaya Gazeta.

Lyubov Sobol dan aktivis Nikolai Lyaskin turut ditahan pada malam Isnin.

Tiga aktivis terbabit dituduh menganjurkan perhimpunan haram itu kemudian dibebaskan. Azar dan Sobol dijangka akan dihadapkan ke mahkamah pada Selasa.

Tunjuk perasaan itu menyaksikan ribuan penduduk turun ke jalan raya selepas pihak berkuasa menghalang sekutu Navalny dan ahli politik bebas lain daripada bertanding dalam pilihan raya pada Ahad.

Ratusan aktivis ditahan dalam operasi oleh pihak polis. – AFP, 3 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen