LOW Taek Jho adalah orang dalam Najib Razak dan Rosmah Mansor sebelum Najib menjadi perdana menteri, kata saksi utama dalam perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada mahkamah hari ini.
Amhari Efendi Nazrauddin – saksi utama dalam perbicaraan ini berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Najib semasa memegang jawatan perdana menteri juga memberitahu mahkamah bahawa Jho Low mempunyai “kuasa luar biasa” kerana bekerja di belakang tadbir dengan Najib.
Amhari yang menjadi pegawai khas Najib pada 2008 berkata beliau pertama kali berjumpa dengan Jho Low di Pulau Pinang pada 2007 semasa berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Menteri Unit Perancang Ekonomi (EPU) Effendi Norwawi.
“Saya diperkenalkan kepad Jho oleh pegawai komunikasi Effendi Dennis See, dia memberitahu saya bahawa kita akan bertemu seseorang yang sangat dekat dengan Najib, yang merupakan menteri pertahanan dan timbalan perdana menteri pada masa itu.
“Pada pertemuan itu cara Jho bercakap mengenai keluarga Najib kelihatan seolah-olah dia rapat dengan Najib dan keluarga Rosmah Mansor,” katanya.
Dia memberitahu mahkamah bahawa Jho menjadi rapat dengan keluarga Najib melalui anak tirinya Riza Aziz yang telah mengenali Jho sejak mereka remaja.
Saksi itu memberi keterangan bahawa walaupun Jho masih muda dia mempunyai “karisma dan kuasa luar biasa” apabila berurusan dengan Najib.
“Jho akan memberi arahan kepada kami dari Pejabat Perdana Menteri terutamanya setiausaha sulit Najib, Azlin Alias dalam melaksanakan arahan Najib,” katanya.
Beliau berkata Jho dikenali sebagai “penasihat tidak rasmi” Najib ketika melaksanakan tugas di lapangan melibatkan lawatan antarabangsa, lawatan kerja, peluang pelaburan terutama melibatkan 1MDB.
Berita penuh di sini.
Komen