SEORANG wanita yang bertanding untuk jawatan datuk bandar dan seorang calon majlis perbandaran antar enam yang terbunuh dalam insiden tembakan di Colombia, kata pihak berkuasa.
Semua kereta berperisai membawa enam individu terbabit diserang senjata jarak jauh dan kemudian dibakar dalam kejadian pada malam Ahad di barat daya Cauca, kata jurucakap Jair Rossi.
Karina Garcia akan bertanding merebut jawatan datuk bandar di Suarez pada pemilihan Oktober depan. Antara individu lain yang turut terkorban ialah ibunya dan calon majlis perbandaran.
Kawasan Suarez berdepan keganasan daripada aktiviti penyeludupan dadah dan perlombongan haram, kata Rossi.
Garcia beberapa kali menerima ancaman daripada penyokong calon lain, kata bapanya Orlando Garcia.
Menteri Pertahanan Guillermo Botero menawarkan AS$29,000 sebagai habuan bagi maklumat yang membawa kepada penahanan pihak bertanggungjawab, seorang pemimpin pembangkang tempatan yang menggunakan nama Mayimbu. – AFP, 3 September, 2019.
Komen