Pope terperangkap dalam lif, lambat datang sembahyang


Pope Francis terperangkap selama 25 minit dalam lif menyebabkannya lewat hadir majlis sembahyang mingguan. – Gambar AFP, 2 September, 2019.

POPE Francis hari ini berkata beliau lewat tiba untuk majlis sembahyang Angelus mingguan kerana terperangkap dalam lif di Vatican sehingga terpaksa dibebaskan anggota bomba.

“Saya minta maaf kerana lewat,” kata pemimpin agama berusia 82 tahun itu kepada hadirin yang setia menunggu kemunculannya di Dataran Saint Peter.

“Saya terperangkap dalam lif selama 25 minit disebabkan bekalan elektrik terputus, kemudian anggota bomba datang,” katanya.

“Mari beri tepukan kepada perkhidmatan bomba,” katanya menyebabkan hadirin bertepuk memberikan penghargaan.

Saluran televisyen Itali berkata penonton siaran langung Angelus bimbang kelewatan selama tujuh minit majlis bermula kerana masalah kesihatan Pope.

Francis masih bertenaga menjalankan tugasnya, walaupun kehilangan sebahagian paru-paru ketika muda, dan beliau dilihat sering menahan sakit dan terpaksa bergantung kepada pembantunya.

Dipercayai itulah kali pertama ketua Vatican yang merupakan pemimpin agama 1.2 bilion penganut Katolik terperangkap dalam lif. – AFP, 2 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen