Sarawak kaji hak perlembagaannya di pelabuhan Bintulu, kata Masing


Desmond Davidson

Timbalan Ketua Menteri James Masing mahu Sarawak mentadbior sendiri pelabuhan di negeri itu. – Gambar AFP, 2 September, 2019.

SARAWAK sedang mengkaji hak perlembagaannya berubung aset-aset negeri yang dikawal pentadbiran kerajaan pusat selama ini, kata Timbalan Ketua Menteri, James Masing.

Beliau mengulangi pendirian awalnya bahawa Sarawak mahu mengambil alih pelabuhan Bintulu yang dikendalikan pentabiran persekutuan.

Masing memberikan maklum balas terhadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang hari ini mengatakan bahawa tidak keinginan Masing itu sukar dilakukan kerana pelabuhan itu ditubuhkan melalui undang-undang parlimen.

“Ia adalah sebuah pelabuhan persekutuan dan kita ada undang-undang persekutuan,” kata Loke memberitahu pemberita di ibu pejabat DAP Miri pagi tadi.

Masing, yang bertanggungjawab terhadap portfolio Infrastruktur dan Pelabuhan, berkata undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen tidak boleh dilaksanakan di Sarawak tanpa sokongan Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Beliau memetik Akta Wilayah Laut (TSA), yang diluluskan oleh Parlimen pada tahun 2012 tetapi diisytiharkan batal dan tidak sah oleh kerajaan negeri tahun lalu, sebagai contoh undang-undang sedemikian.

TSA, yang mengurangkan sempadan laut negeri hanya 4.8km dari pantai dari 200km, telah diisytiharkan tidak boleh dikuatkuasa kerana dewan undangan negeri tidak pernah mengesahkannya seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

“Undang-undang persekutuan yang disebutkan menteri pengangkutan itu mungkin salah satunya,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Menyatukan dan menaik taraf pelabuhan merupakan salah satu daripada lima bidang utama yang menjadi tumpuan kerajaan negeri kerana kini negeri itu mempunyai matlamat untuk menjadi negeri maju pada tahun 2030.

Ketua Menteri Abang Johari Openg berkata kerajaan mahu “menggabungkan pengurusan pelabuhan dan operasi mengikut perlembagaan”.

Pihak Berkuasa Pelabuhan Bintulu - pihak berkuasa yang mengendalikan pelabuhan - telah ditubuhkan pada 15 Ogos 1981 di bawah Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981 menjadikannya badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan. – 2 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen