TENTERA Israel dan kumpulan Hizbullah saling berbalas tembakan di sempadan Lubnan semalam selepas ketegangan meningkat sejak seminggu lalu, mencetuskan kebimbangan perang akan meletus.
Israel berkata mereka membalas kira-kira 100 tembakan meriam selepas Hizbullah melancarkan dua atau tiga peluru berpandu ke arah pangkalan tentera dan ambulans tentera.
Pegawai Israel berkata tiada kematian dilaporkan, menafikan dakwaan Hizbullah bahawa mereka berjaya membunuh anggota tentera Israel.
“Kami sedang sedang menimbang apakah langkah yang akan diambil selepas ini,” kata Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
“Saya telah mengarahkan supaya bersedia terhadap sebarang kemungkinan.” – AFP, 2 September, 2019.
Komen