PENUNJUK perasaan pro-demokrasi di Hong Kong hari ini menyasarkan stesen kereta api, menandakan potensi berlakunya lagi rusuhan.
Berpakaian hitam, mereka menghadang pintu kereta api di stesen bawah tanah menyebabkan perjalanan tergendala.
Selain menggesa mogok umum hari ini, pelajar universiti dijangka mengadakan himpunan pada sebelah petang.
Tunjuk perasaan terbaharu ini selepas rusuhan pada Sabtu dan Ahad termasuk menghalang laluan ke lapangan terbang, menyebabkan sekurang-kurangna 16 penerbangan terpaksa dibatalkan.
Pada Sabtu pula, penunjuk perasaan merusuh di pusat bandar, membaling bom petrol ke arah anggota polis.
Polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air berwarna untuk menyuraikan perusuh.
Pelajar universiti yang sepatutnya menyambung kelas hari ini selepas cuti musim panas bercadang untuk mengadakan boikot selama dua minggu. – AFP, 2 September, 2019.
Komen