PELAKON komedi Kevin Hart cedera selepas terbabit dalam satu kemalangan di sini awal pagi Ahad, kata polis.
Menurut laporan Polis Lebuh Raya California, kejadian itu berlaku apabila Hart, 40, menaiki sebuah kereta klasik jenis Plymouth Barracuda 1970, bersama dua lagi individu lain dan pemandunya tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh ke atas tambak di Lebuh Raya Mulholland.
Pemandu kenderaan terbabit, Jared Black yang disahkan tidak berada di bawah pengaruh alkohol, mengalami kecederaan serius, kata polis.
Polis bagaimanapun tidak mengulas lanjut kecederaan yang dialami pelakon itu namun, TMZ melaporkan beliau mengalami kecederaan di belakang badan.
Hart yang cukup dikenali di arena pelawak tunggal atau ‘stand-up komedi’ meninggalkan lokasi kemalangan bersama seorang lagi penumpang kenderaan terbabit yang hanya cedera ringan untuk mendapatkan rawatan, kata polis.
Pelakon filem komedi ‘Ride Along’ dan ‘Jumanji: Welcome to The Jungle’, itu dibawa ke Pusat Perubatan Northridge Hospital manakala pemandu kenderaan terbabit di bawa ke hospital lain. – AFP, 2 September, 2019.
Komen