SERAMAI 15 orang terbunuh apabila bangunan tiga tingkat yang dalam pembinaan runtuh di ibu negara Mali, Bamako, lapor kementerian pertahanan awam negara itu.
Katanya 26 mangsa berjaya diselamatkan dalam kejadian itu yang berlaku sebelum Subuh pada Ahad.
“Terima kasih kepada kesungguhan agensi kecemasan yang berjaya menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan.
“Antara yang diselamatkan termasuk kanak-kanak berusia empat tahun dan seorang wanita,” kata kementerian itu.
Kerajaan Mali sudah memulakan siasatan terhadap pemilik bangunan itu.
Menurut laporan media tempatan tingkat atas bangunan itu runtuh dan menimpa tingkat lain yang sudah dihuni.
Insiden bangunan runtuh sering berlaku di Mali kerana kebanyakan infrastruktur dibina tanpa kelulusan pihak berkuasa. – AFP, 2 September, 2019.
Komen