POLIS Indonesia di wilayah Papua hari ini mengharamkan demonstrasi yang boleh membawa kepada “tindakan anarki”, susulan protes di kepulauan itu masuk hampir dua minggu.
Arahan dikeluarkan selepas polis semalam berkata mereka menahan berpuluh orang yang terlibat dengan rusuhan di ibu kota Papua.
“Semua orang dilarang mengadakan demonstrasi dan menyuarakan pendapat di tempat awam yang boleh membawa kepada tindakan anarki, kerosakan dan membakar harta awam, termasuk pertembungan antara kumpulan,” kata polis di Twitter.
Kerajaan Indonesia sebelum ini kira-kira 2,500 anggota polis dan tentera dikerah ke Papua. Seramai 1,200 anggota telah dihantar lebih awal selepas berlaku rusuhan yang tercetus akibat isu perkauman dan tuntutan kemerdekaan.
Khamis lalu lebih seribu penunjuk perasaan melempar batu serta membakar kedai dan bangunan parlimen di Jayapura.
Ia berlaku sehari selepas pertembungan ganas di daerah lain di kepulauan itu, yang bersempadanan dengan Papua New Guinea.
“Saya tidak membenarkan sebarang himpunan dan jika ada sesiapa yang berani mencuba mereka akan dikenakan tindakan keras,” kata Ketua Polis daerah, Rudolf Rodja di Twitter.
Selain itu, polis juga melarang orang ramai membawa senjata tajam dan menyebarkan berita palsu. – AFP, 2 September, 2019.
Komen