PRESIDEN Jerman Frank-Walter Steinmeier pada Ahad meminta maaf daripada Poland kerana sejarah konflik berdarah semasa satu upacara di bandar Wielun, lokasi pertama bom Perang Dunia Kedua jatuh 80 tahun yang lalu.
“Saya menundukkan kepala saya di depan mangsa serangan Wielun. Saya menundukkan kepala saya di depan mangsa Poland akibat kezaliman Jerman dan saya memohon pengampunan,” kata Steinmeier dalam bahasa Jerman dan Poland. – AFP, 1 September, 2019.
Komen