TAUFAN Dorian bakal melanda Bahamas sebelum ribut raksasa itu membadai pantai Amerika Syarikat (AS) dari Florida ke arah Carolinas.
Merentas dari Lautan Atlantik, badai Kategori 4 yang sangat berbahaya itu dijangka melanda bahagian barat laut Bahamas hari ini, lapor Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat (NHC) dalam bulletin terbaharunya hari ini.
NHC berkata taufan Dorian kekal sebagai taufan berbahaya sepanjang lima hari ini.
Di Grand Bahama, banyak perniagaan terpaksa ditutup dan beribu-ribu orang telah dipindahkan selepas menerima amaran ramalan angin dahsyat. – AFP, 1 September, 2019.
Komen