PEMANDU kereta Anthoine Hubert maut dalam kemalangan semalam ketika perlumbaan Formula Two (F2) yang diadakan sebelum Grand Prix Belgium F1 hujung minggu ini.
Dalam satu kenyataan, Hubert yang berusia 22 tahun meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan ketika pusingan kedua perlumbaan melibatkan Juan Manuel Correa dan Giuliano Alesi.
“Pasukan kecemasan dan perubatan segera melakukan rawatan kecemasan sebelum mangsa dibawa ke pusat perubatan.
“Namun pemandu kereta nombor 19 itu disahkan meninggal dunia pada jam 6.35 petang waktu tempatan,” katanya.
Juan Manuel Correa berada dalam keadaan stabil di Hospital CHU di Liege selepas patah kaki dalam kemalangan itu.
Hubert merupakan juara Renault FI dan juara siri GP3. Prestasinya yang menonjol dalam kategori junior telah mendapat sokongan penuh Renault.
Beliau telah dua kali merangkul juara dalam kejohanan F2 musim ini. – AFP, 1 September, 2019.
Komen